Bengkung Berzap Serimama (M/L/XL/XXL)
Pengenalan:
- Bengkung Berzap direka khas untuk ibu berpantang dengan lebih mudah.
- Bengkung ini berkonsepkan zap dan sesuai untuk ibu yang melalui pembedahan caesarean & normal.
- Ia juga membantu ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ini kerana zap yang dipakai lebih mudah dan elastik untuk dilakukan sendiri.
- Ia sangat senang digunakan dan boleh duduk dengan selesa.
Manfaat :
- Mengempiskan perut.
- Sesuai untuk ibu yang melahirkan secara caesarean.
- Mengurangkan berat badan & membentuk kembali tubuh ibu.
- Mengetatkan bahagian perut yang menggeleber akibat daripada bahagian otot perut yang lemah.
- Membantu postur tubuh ibu dalam sesi penyusuan badan.
- Senang untuk di buka dan di pakai semula.
Tempoh Penggunaan:
- Boleh digunakan pada hari ke-2 dalam tempoh berpantang.
- Untuk pembedahan Caesarean boleh digunakan tetapi hendaklah di pakai dengan longgar di bahagian jahitan.
- Kami sarankan untuk ibu berpantang yang mahu kan sepenuh keselesaan dalam memakai bengkung selepas Caesarean, digalakkan memakai Bengkung Moden 3 in 1 Serimama.
Saiz (Anggaran berat sebelum mengandung) :
SAIZ | UKURAN (INCI) | BERAT (KG) |
M | 38.5 X 20 INCI | 40-55kg |
L | 45 X 20 INCI | 55-70kg |
XL | 51 X 20 INCI | 80-100kg |
XXL | 57.5 X 20 INCI | 100kg ke atas |
Cara Pemakaian :
- Bengkung ini mempunyai 3 zap
- Sisipkan kain bengkung dan mulakan tarik zap yang atas (1) sekali
- Seterusnya tarik zap no 3 mengikut keselesaan
- Tarik zap nombor 2 dan kemaskan
FAQ
S : Zap ni kukuh ke?
J : Ya, sangat kukuh kerana kami menggunakan zap yang berkualiti tinggi dan alhamdulillah setakat ini kami belum menerima apa-apa aduan daripada pelanggan.
S : Macam mana nak tahu size?
J : Bengkung Berzap Serimama mempunyai 4 size berbeza iaitu M, L, XL & XXL.
P.S : Untuk mengetahui saiz yang sesuai, puan boleh rujuk ukur lilit yang telah disediakan.
S : Macam mana cara pakai Bengkung Berzap Serimama?
J : Pilih saiz yang sesuai mengikut ukur lilit yang telah diberikan, kemudian tarikkan zap no 1 di bahagian atas bengkung ke bahagian velcro. Setelah habis zap pertama, tarik zap yang ketiga ke atas. Kemudian kemaskan zap kedua.
S : Macam mana Bengkung Berzap Serimama memudahkan ibu-ibu ke tandas?
J : Bengkung Berzap Serimama memudahkan ibu-ibu ke tandas kerana hanya dengan bukaan zap yang mudah untuk di pasangkan semula.
S: Apakah keistimewaan Bengkung Berzap Serimama?
J : Sangat istimewa kerana direka khas untuk membantu ibu-ibu muda berpantang dengan mudah, senang dan selesa. Selain itu juga, ia mempunyai saiz kecil ke besar dimana saiz bengkung boleh dilaraskan dalam beberapa saiz, sangat jimat.
S : Jahitan Bengkung Serimama mudah tetas ke?
J : Tidak, kerana bengkung Serimama mempunyai jahitan yang kukuh.
S: Jika bersalin secara pembedahan (caeser), adakah sesuai untuk menggunakan Bengkung Berzap Serimama?
J : Jika bersalin secara pembedahan, kami menyarankan anda untuk memakai bengkung Moden 3 in 1 Serimama di mana ia lebih mudah dan fleksibel.
S : Cara basuh bengkung dengan betul ?
J : Cuci bengkung secara manual iaitu dengan menggunakan tangan agar kualiti kain tidak rosak dan terjejas .
S: Berapa lamakah tempoh penggunaan bengkung ini ?
J : Bengkung digunakan selama 44 hari dan keatas untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif
S : Berapa lama tempoh masa penggunaan bengkung dalam sehari ?
J : Seeloknya eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika hendak mandi dan makan sahaja.
S: Jenis kain yang digunakan untuk bengkung berzap ?
J : kain Belacu Gred A ,selesa dipakai dan tidak panas .
S : Adakah harga yang di beri telah termasuk GST ?
J : Ya, harga yang di beri termasuk gst .
S: Adakah bengkung serimama sesuai untuk badan plus size ?
J : Ya sesuai, bergantung pada ukuran lilit pinggang .
S: Berapakah berat bengkung berzap ?
J : 400g
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|