BUY MORE THAN RM210 & GET FREE DELIVERY FOR PENINSULAR ONLY! Shop Now!
Cart 0

Daun Mandian Herba Tradisional Serimama

RM 20.00


Pengenalan :


Campuran Daun Mandian Herba Tradisional ini khas untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ia juga sesuai untuk wanita yang ingin meningkatkan aura & seri wajah serta menyegarkan semula badan.

Campuran daripada 13 jenis daun herba & akar kayu berubat yang berkhasiat dari alam semula jadi yang terbaik lagi suci dan tulen.

Daun yang digunakan ialah serai wangi, daun mengkudu, daun jambu, daun limau purut, daun pandan, halba, asam keping, daun sirih, daun inai dan buah manjakani .

Selain itu, daun mandian ini berkhasiat untuk mengembalikan kesegaran badan ibu berpantang


Manfaat :

  • Berkhasiat untuk mengeluarkan sisa bisa dan angin di dalam badan.
  • Membantu mengurangkan dan melegakan sakit sendi, urat, sengal tulang dan otot yang tegang semasa bersalin.
  • Aroma air rebusan daun mandian herba tradisional memberi kesegaran dan ketenangan kepada ibu-ibu lepas bersalin.
  • Menghilangkan bau badan dan merawat penyakit kulit
  • Mengelakkan penyakit meroyan bagi ibu bersalin.


Tempoh Penggunaan :

  • Boleh digunakan pada hari ke-5 dalam tempoh berpantang.


Cara Penggunaan :

  • 1 bungkus daun mandian herba ini direbus dengan 20 liter air sehingga mendidih & kemudian dicampurkan dengan air mandian biasa sehingga mejadi suam dan selesa untuk mandi.


FAQ 

S : 1 bungkus/paket Herba Mandian Serimama berapa lama boleh digunakan?

J : 1 bungkus Daun Mandian Herba Tradisional Serimama boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. 



S : Macam mana cara penggunaan Daun Mandian Serimama? 

J : Rebus semua sekali dengan kuantiti air 20 liter, tunggu sehingga mendidih kemudian biarkan air rebusan menjadi suam dan simpan air rebusan tersebut kedalam bekas besar.

Atau Rebus sedikit demi sedikit dengan kuantiti air 2-3 lite, tunggu sehingga mendidih kemudian biarkan air rebusan menjadi suam dan simpan air rebusan tersebut ke dalam bekas yang sesuai. 

Ulang sebanyak 2 kali. Ambil sebahagian kecil (1 @ 2 gelas) campur ke dalam air hangat mandian ataupun digunakan sebagai bilasan yang terakhir .



S : Adakah daun herba yang telah direbus boleh digunakan berulang kali?

J : Ya, daun mandian herba yang telah direbus boleh digunakan berulang kali (3-4 kali) sehingga hilang bau. 



S : Berapa paket herba mandian yang diperlukan untuk penggunaan sebulan? 

J : Untuk penggunaan sebulan, kami cadangkan 2 paket herba mandian yang diperlukan. 



: Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan Herba Mandian Serimama, hari keberapa selepas bersalin? 

J : Herba Mandian boleh terus sahaja digunakan sebaik saja selepas bersalin kerana Mandian Serimama diperbuat daripada 100% herba dan tiada campuran kimia. 



S : Apakah herba dan bahan yang di gunakan dalam herba mandian ?

J  : serai wangi, daun mengkudu, daun jambu, daun limau purut, daun pandan, halba, asam keping, daun sirih, daun inai dan buah manjakani .


: Apa perbezaan Herba  Mandian dengan Haruman Intiman? 

J : Herba Mandian dirumus khas untuk mengembalikan kesegaran badan manakala haruman intiman dirumus khas untuk kegunaan bahagian sulit wanita untuk membantu megurangkan keputihan dan mengecutkan rahim dan pelbagai khasiat yang lain.    


S : Bagaimana cara penyimpanan daun yang telah direbus supaya boleh digunakan kembali?

J : Selepas daun direbus, boleh dibiarkan didalam periuk ataupun boleh  keringkan daun kemudian dibalut dengan surat khabar dan diletakkan didalam peti untuk penggunaan seterusnya. 



: Berapakah berat untuk 1 bungkus Herba mandian ?

J  : 80g


: Adakah Herba mandian mempunyai kelulusan KKM ?

J : Herba mandian tidak memerlukan KKM kerana ia adalah untuk kegunaan luaran ia di perbuat dari bahan semulajadi dan organik .

Customer comments

Author/Date Rating Comment