Rempah Ratus Tangas Serimama
Pengenalan :
Rempah bertangas dilakukan setiap hari selama 44 hari tempoh berpantang.
Tujuan :
- Untuk mengeringkan luka jahitan
- Mengelakkan jahitan kuman pada bahagian sulit
- Melancarkan nifas
- Mengecutkan dan membersihkan rahim
- Menghilangkan bau dan kegatalan alat sulit
- Mengelakkan keluar tombong.
Ramuan :
Asam keeping, manjakani, sirih, daun pandan, serai wangi, inai, halia dan dedaun pokok herba.
Manfaat
- Bertangas dapat mengecutkan rahim dan dapat mengelakkan penyakit rahim.
- Boleh merawat keputihan dan mengurangkan bau.
- Mengurangkan berat badan dan membersihkan kulit.
Tempoh Penggunaan
- Dilakukan selepas darah nifas kering.
Cara Penggunaan
- Rebus ramuan dengan air di dalam periuk tanah sehingga mendidih, biarkan suam dan bertangas selama 15-30 minit.
- Air yang sudah sejuk gunakan untuk menyiram alat sulit
- Amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot faraj dan rahim.
- Minum segelas air selepas bertangas & mandi selepas 15 minit selesai bertangas
FAQ
S : Apa beza Rempah Ratus Tangas Serimama dengan herba mandian Serimama?
J : Tangas adalah mengewapkan air utk mengeringkan luka jahitan. ,mengecutkan dan membersihkan nifas manakala herba mandian pula adalah dirumus khas utk menyegarkan semula badan selepas bersalin.
S : Macam mana cara penggunaan tangas?
J : Rebus satu uncang tangas bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15 - 30minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci alat sulit, disamping amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot faraj dan rahim.
S : Bila masa yang sesuai untuk menggunakan tangas?
J : Tangas boleh diamalkan selepas darah nifas sudah kering, seelok-eloknya pada hari yang ke - 30 hari.
S : Satu sachet boleh guna berulang kali ke?
J : Ya boleh, 1 sachet tangas boleh berulang kali sehingga hilang bau.
S : Satu paket boleh guna berapa lama?
J : 1 paket boleh digunakan sehingga sebulan bergantung kepada tahap penggunaan individu.
S : Adakah Tangas mempunyai kelulusan KKM ?
J : Tangas tidak memerlukan KKM kerana ia adalah untuk kegunaaan luaran dan di perbuat dari bahan semulajadi dan organik .
S : Berapakah berat untuk 1 pack tangas ?
J : 30g
S : Apakah kandungan herba dan bahan yang digunakan ?
J : Asam keping, manjakani, sirih, daun pandan, daun serai wangi, inai, halia dan dedaun pokok herba
S : Ada berapa sanchet dalam 1 paket Rempah Ratus Tangas?
J : 12 sanchet
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|