Bengkung BerZip Serimama
Bengkung Berzip Serimama direka khas buat para ibu berpantang untuk berbengkung mudah ke tandas dengan zip bukaan yang hanya 1 minit mudah terungkai dan mudah dipakai semula dengan sepantas 1 minit juga.
Bengkung ini berfungsi :
- Boleh laras saiz
- Bukaan zip mudah ke tandas.
Hasil yang optima apabila digunakan pakai bersama Tapel Serimama.
Manfaat :
- Mengempiskan perut
- Mengurangkan berat badan& membentuk kembali tubuh ibu.
- Mengetatkan bahagian perut yang menggeleber akibat daripada bahagian otot perut yang lemah.
- Membantu postur tubuh ibu dalam sesi penyusuan badan.
Tempoh Penggunaan:
- Boleh digunakan pada hari ke-2 dalam tempoh berpantang.
- Untuk pembedahan Caesarean boleh digunakan setelah luka sembuh.
- Untuk Caesarean, digalakkan memakai Bengkung Moden 3 in 1 Serimama.
Ukuran Bengkung Seri Mama (Anggaran berat sebelum mengandung):
Saiz | Ukuran (cm) |
M (65kg ke bawah) | 104 x 51 |
L (65kg ke bawah) | 122 x 51 |
XL (65kg ke atas) | 129 x 51 |
XXL (65kg ke atas) | 142 x 51 |
FAQ Bengkung Berzip Serimama
S : Zip ni kukuh ke?
J : Ya, sangat kukuh kerana kami menggunakan zip yang berkualiti tinggi dan alhamdulillah setakat ini kami belum menerima apa-apa aduan daripada pelanggan.
S : Macam mana nak tahu size?
J : Bengkung serimama mempunyai 4 size berbeza iaitu M, L, XL & XXL.
P.S : Untuk mengetahui saiz yang sesuai, puan boleh rujuk ukur lilit yang telah disediakan.
- M - 41 inch x 20 inch
- L - 48 inch x 20 inch
- XL - 51 inch x 20 inch
- XXL - 56 inch x 20 inch
S : Macam mana cara pakai Bengkung Berzip Serimama?
J : Pilih saiz yang sesuai mengikut ukur lilit yang telah diberikan, kemudian lilitkan tali bengkung dari bawah bagi setiap lubang ke atas. Setelah habis lilitan pertama, simpulkan tali dan kemaskan dan sambung ikatan untuk kali ke dua (ikat ke atas). Selepas itu, kemaskan ikatan setiap tali agar selesa.
Boleh lihat video di bawah ini :
S : Macam mana Bengkung Serimama memudahkan ibu-ibu ke tandas?
J : Bengkung Serimama memudahkan ibu-ibu ke tandas kerana hanya dengan bukaan zip sepantas 1 minit sahaja.
S : Apakah keistimewaan Bengkung Berzip Serimama?
J : Sangat istimewa kerana direka khas untuk membantu ibu-ibu muda berpantang dengan mudah, senang dan selesa. Selain itu juga, ia mempunyai saiz kecil ke besar dimana saiz bengkung boleh dilaraskan dalam beberapa saiz, sangat jimat.
S : Jahitan Bengkung Serimama mudah tetas ke?
J : Tidak, kerana bengkung Serimama mempunyai jahitan yang kukuh.
S : Jika bersalin secara pembedahan (caeser), adakah sesuai untuk menggunakan Bengkung Berzip Serimama?
J : Jika bersalin secara pembedahan, kami menyarankan anda untuk memakai bengkung moden Serimama.
S : Cara basuh bengkung dengan betul ?
J : Cuci bengkung secara manual iaitu dengan menggunakan tangan agar kualiti kain tidak rosak dan terjejas .
S : Berapa lamakah tempoh penggunaan bengkung ini ?
J : Bengkung digunakan selama 44 hari dan keatas untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif
S : Berapa lama tempoh masa penggunaan bengkung dalam sehari ?
J : Seeloknya eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika hendak mandi dan makan sahaja.
S : Jenis kain yang digunakan untuk bengkung berzip ?
J : kain Belacu Gred A ,selesa dipakai dan tidak panas .
S : Adakah harga yang di beri telah termasuk GST ?
J : Ya, harga yang di beri termasuk gst .
S : Adakah bengkung serimama sesuai untuk badan plus size ?
J : Ya sesuai, bergantung pada ukuran lilit pinggang .
S : Berapakah berat bengkung berzip ?
J : 400g
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|