Cart 0
daun mandian herba tradisional.jpg

Daun Mandian Herba Tradisional Serimama

RM 20.00


Campuran Daun Mandian Herba Tradisional ini khas untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ia juga sesuai untuk wanita yang ingin meningkatkan aura & seri wajah serta menyegarkan semula badan.

Campuran daripada 13 jenis daun herba & akar kayu berubat yang berkhasiat dari alam semula jadi yang terbaik lagi suci dan tulen.

Selain itu, daun mandian ini berkhasiat untuk mengembalikan kesegaran badan ibu berpantang. 


Manfaat :

  • Berkhasiat untuk mengeluarkan sisa bisa dan angin di dalam badan.
  • Membantu mengurangkan dan melegakan sakit sendi, urat, sengal tulang dan otot yang tegang semasa bersalin.
  • Aroma air rebusan daun mandian herba tradisional memberi kesegaran dan ketenangan kepada ibu-ibu lepas bersalin.
  • Menghilangkan bau badan dan maerawat penyakit kulit
  • Mengelakkan penyakit meroyan bagi ibu bersalin.


Tempoh Penggunaan :

  • Boleh digunakan pada hari ke-5 dalam tempoh berpantang.


Cara Penggunaan :

  • 1 bungkus daun mandian herba ini direbus dengan 20 liter air sehingga mendidih & kemudian dicampurkan dengan air mandian biasa sehingga mejadi suam dan selesa untuk mandi.


FAQ Daun Mandian Herba Tradisional Serimama


S : 1 bungkus/paket Herba Mandian Serimama berapa lama boleh digunakan?

J : 1 bungkus Daun Mandian Herba Tradisional Serimama boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. 



S : Macam mana cara penggunaan Daun Mandian Serimama? 

J : Rebus semua sekali dengan kuantiti air 2-3 liter,tunggu sehingga mendidih kemudian biarkan air rebusan menjadi suam dan simpan air rebusan tersebut kedalam bekas @ botol.

Ulang sebanyak 2 kali. Ambil sebahagian kecil (1 @ 2 gelas) campur ke dalam air hangat mandian ataupun digunakan sebagai bilasan yang terakhir .



S : Adakah daun herba yang telah direbus boleh digunakan berulang kali?

J : Ya, daun mandian herba yang telah direbus boleh digunakan berulang kali (3-4 kali) sehingga hilang bau. 



S : Berapa paket herba mandian yang diperlukan untuk penggunaan sebulan? 

J : Untuk penggunaan sebulan, kami cadangkan 2 paket herba mandian yang diperlukan. 



: Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan Herba Mandian Serimama, hari keberapa selepas bersalin? 

J : Herba Mandian boleh terus sahaja digunakan sebaik saja selepas bersalin kerana Mandian Serimama diperbuat daripada 100% herba dan tiada campuran kimia. 



S : Apakah herba dan bahan yang di gunakan dalam herba mandian ?

J  : serai wangi, daun mengkudu, daun jambu, daun limau purut, daun pandan, halba, asam keping, daun sirih, daun inai dan buah manjakani .


: Apa perbezaan Herba  Mandian dengan Haruman Intiman? 

J : Herba Mandian dirumus khas untuk mengembalikan kesegaran badan manakala haruman intiman dirumus khas untuk kegunaan bahagian sulit wanita untuk membantu megurangkan keputihan dan mengecutkan rahim dan pelbagai khasiat yang lain.    


S : Bagaimana cara penyimpanan daun yang telah direbus supaya boleh digunakan kembali?

J : Selepas daun direbus, boleh dibiarkan didalam periuk ataupun boleh  keringkan daun kemudian dibalut dengan surat khabar dan diletakkan didalam peti untuk penggunaan seterusnya. 



: Berapakah berat untuk 1 bungkus Herba mandian ?

J  : 80g


: Adakah Herba mandian mempunyai kelulusan KKM ?

J : Herba mandian tidak memerlukan KKM kerana ia adalah untuk kegunaan luaran ia di perbuat dari bahan semulajadi dan organik .