BUY MORE THAN RM210 & GET FREE DELIVERY FOR PENINSULAR ONLY! Shop Now!
Cart 0
sarung tungku batu sungai.jpg

Sarung Tungku Batu Sungai Serimama

RM 50.00 RM 60.00


PENGENALAN

SARUNG TUNGKU BATU SUNGAI SERIMAMA
Berpantang dengan set tungku batu siap dengan sarung nya sekali, tak perlu balut dengan kain batik atau apa jua jenis kain untuk membalut tungku yang kadang-kadang agak sukar untuk ibu menguruskan nya kerana kadang-kadang cepat koyak dan susah diikat. Sarung Tungku Batu Sungai Serimama membantu menolak angin. Hasil yang optima apabila digunapakai bersama tungku batu sungai serimama.



CARA PENGGUNAAN

1. Panaskan tungku batu sungai di atas dapur dengan api yang sederhana. Elakkan menggunakan api yang besar supaya batu tidak merekah.Ketahanan haba lebih berpanjangan jika dipanaskan dengan api yang sederhana kerana haba akan meresap dengan baik ke dalam batu dengan api yang sederhana.
2. Tunggu dalam 10 ke 15 minit dipanaskan dan tutup api. Selepas itu biar seketika dalam 2-3 minit dan kemudian masukkan ke dalam sarung tungku dan ikat dengan kemas sarung tungku tersebut.
3. Ibu boleh juga masukkan terlebih dahulu daun mengkudu atau daun sireh atau daun pandan ke dalam sarung sebagai pelapik batu panas untuk mengelakkan sarung terbakar. Kemudian masukkan tungku dan ikat.


MANFAAT 

TUNGKU BATU SUNGAI
1. Ianya mempunyai ketahanan haba yang lama, lambat sejuk. Amalkan bertungku setiap hari sepanjang tempoh berpantang pagi dan petang.

BERTUNGKU PADA IBU
1. Membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.Lebih bagus sekiranya darah anda berhenti lambat untuk memastikan darah dan lendir keluar sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal.
2.Membantu mengeluarkan semua kotoran dan toksin daripada badan.
3.Dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang kehamilan.
4.Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin
5.Membantu mengembalikan tubuh badan kepada bentuk keadaan asal dan mengempiskan perut
6. Membantu melancarkan peredaran darah dan membuang angin di dalam badan ibu selepas bersalin.


Customer comments

Author/Date Rating Comment