Cart 0
SET-ORKID-01.jpg

Set Pantang Orkid Serimama

RM 300.00


Set Pantang Serimama: Pakej Orkid

Pakej ini mengandungi 11 keperluan berpantang

1. Herba Haruman Intim Wanita
Untuk wangikan dan merapat bahagian intim wanita selepas bersalin.


2. Daun Mandian Herba Tradisional
Untuk Menaikkan seri badan dan muka serta terapi dari mengelakkan masalah meroyan selepas bersalin serta menyegarkan kembali tubuh badan selepas bersalin.


3. Sabun Terapi Ibu Bersalin
Ibu-ibu yang lesu dan murung eloklah amalkan sabun terapi ibu bersalin ketika berpantang untuk cantikkan semula kulit dan menaikkan semula seri serta aura.


4. Sabun Manjakani
Seribu satu kebaikan, awet muda, mencantikkan kulit, membantu mencegah jerawat, pencegahan diabetes dan asma, pencegahan dari kanser serviks dan payudara, membantu merawat keputihan dan bau yang kurang menyenangkan, menegangkan otot-otot faraj, membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina, membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah, sangat mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran.


5. Skrub Ibu bersalin
Bahan-bahan dalam scrub ini boleh membuang daki-daki pada kulit serta mencantikkan semula kulit ibu-ibu berpantang malah kandungan pati daun bidara boleh dijadikan sebagai terapi utk menghindari gangguan makhluk halus.


6. Sapuan Herba Memilis
Berkhasiat untuk menghindarkan pening, pitam dan sakit kepala. Serta dapat mengembalikan kesegaran, lancarkan peredaran darah dan membuang angin.


7. Minyak Terapi Ibu Bersalin
Mampu melegakan kesakitan. Digunakan untuk sakit urat, sakit pinggang, kembung perut, sakit lutut, bisa tulang, sakit perut, bisul, gatal kulit, lenguh-lenguh sendi dan otot.


8. Jus Pantang
Membantu pembuangan lemak dan banyak terkumpul semasa hamil. Menurunkan kadar kolestrol dalam badan dan mengawal selulit.


9. Teh Herba
Melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut, membuang darah kotor dan lendir dalam rahim (darah nifas) dan merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin.


10 – Bengkung Serimama
Untuk melangsingkan semula pinggang dan mengecutkan rahim lepas bersalin.

Ada 2 Pilihan saiz iaitu:

Saiz M-L, saiz bengkung boleh adjust dari M hingga L.
M : 20 inci X 41 inci
L : 20 inci X 48 inci

Saiz L-XXL, saiz bengkung boleh adjust dari L hingga XXL.
L: 20 inci X 48 inci
XL: 20 inci X 51 inci
XXL: 20 inci X 56 inci

** 20 inci merujuk panjang atas ke bawah.
** 41 inci dan 48 inci merujuk lebar pinggang kain tersebut.
** Jika saiz pinggang 45 inci eloklah ambil saiz M-L ini sebab ianya boleh dilaraskan.
** Lepas sudah kurus sikit boleh laras ke saiz M pula.


11. Tangas
Mujarab untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ia juga mampu mengeringkan, mengetatkan dan mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang semasa proses mengandung dan bersalin. Ia juga bagi mengelakkan prolapse ( keluar tombong), masalah keputihan dan lain-lain masalah dalaman dan luaran.