Cart 0
tungku bayi.jpg

Tungku Bayi Serimama

RM 12.00


100% adalah dari herba.

Keselesaan dan kehangatan bayi selepas mandi adalah perlu.

Manfaat

  • Mengelakkan kekembungan perut bayi.
  • Mengelakkan angin pasang bayi lelaki.
  • Menenggelamkan pusat bayi.
  • Mengelakkan bengkak selepas suntikan imunisasi. 

Tempoh Penggunaan

  • Boleh digunakan pada bayi sejak lahir.

Cara Penggunaan

  • Tuamkan tungku bayi pada seterika sederhana panas dan rasa dibelakang tapak tangan supaya menjadi suam. 
  • Tuamkan tungku bayi di bahagian perut, belakang badan dan tapak kaki bayi.
  • Bayi lelaki – tuamkan disekeliling alat sulit untuk elakkan angin pasang. 

Berhati-hati menggunakannya pada seterika. Sekiranya kain terkoyak sukar untuk digunakan lagi. 


FAQ Tungku Bayi Serimama


S : Apa kandungan Tungku Bayi Serimama?

J : Tungku bayi diperbuat daripada campuran herba-herba seperti habbatus sauda, lada hitam, biji  sawi, jintan dan lain-lain herba.


S : Apa kegunaan tungku bayi?

J : Untuk memberi keselesaan dan kehangatan kepada bayi selepas mandi. Selain itu, ia juga dapat mengelakan kembung perut dan bengkak dan suntikan imunisasi. 



S : Macam mana cara penggunaan tungku bayi ?

J : Panaskan tungku di seterika dan tuamkan dibahagian perut, belakang badan dan tapak kaki bayi. Untuk bayi lelaki, boleh dituam di sekeliling alat sulit untuk mengelakkan angin pasang. 



S : Bila ditekapkan di seterika, adakah kain akan terbakar?

J : Tidak kerana panaskan seterika mengikut kesesuaian. 



S : Berapakah berat tungku bayi ?

J : 45g