Dapatkan 10% Dengan Pembelian Sarung Tungku Herba + Tungku Besi Serimama Shop Now!
Cart 0
template BP youha.jpg

YOUHA ONYX DUO BLACK SERIES

RM 529.00 RM 599.00


Q AND A



1) S : Antara breastpump Youha Onyx dengan Youha Duo Advance mana yang ok?


 J : Berapa bajet Puan? Ikutkan harga paling mahal adalah Youha Duo Advance sebab material dia lebih baik. Untuk Youha Onyx pun sudah memadai sekiranya bajet puan kecil sebab Youha Onyx ni more advance dari jenama breastpump yang lain.



2) S : Advance yang bagaimana?


 J : Youha Onyx ini ada LCD & touch screen Puan. Kat kotak ni ada tulis Duo Black means ada dua fungsi. Fungsi di sebelah kanan dan di sebelah kiri.


3) S : Apa fungsi sebelah kanan tu?


 J : Untuk Youha Onyx ni ada 3 mode iaitu massage, bionic dan suction. Puan perlu massage sekurang-kurangnya 2 minit sahaja bagi mengelakkan susu puan keluar darah. Then puan boleh start suction. Puan juga boleh buat pilihan sama ada terus lakukan suction selepas massage ataupun puan boleh gunakan bionic terlebih dahulu. Sebelah kanan ni puan boleh pilih berapa level yang puan selesa. Untuk Youha ni ada 9 level dan biasanya level 2-3 sudah cukup sesuai untuk puan massage dan suction.


4) S : Apa itu bionic? 


 J : Bionic beri puan more feeling, relax seperti baby suction. Puan boleh lakukan bionic dalam 10 minit sebelum teruskan dengan suction.



5) S : Selain itu, apa keistimewaan Youha ini?


 J : Untuk Youha Onyx ni kami panggil dia deep suction dan bukan seperti breast pump yang lain kami panggil suction sahaja. Deep suction ni special sebab dia tarik panjang sedikit dan selepas itu lepas. Ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah untuk clear kan susu mereka. Selain itu puan juga boleh mixed mode. Contohnya, puan boleh buat massage dan selepas itu suction. Jadi proses ini berterusan dengan dua mode dimana puan akan rasa lebih relax.


6) S : Apa fungsi disebelah kiri ?


 J : Gambar orang ni merujuk kepada personalize. Fungsi ini sesuai untuk ibu yang biasa menggunakan breastpump dan kami nasihatkan sesuai bagi kegunaan ibu yang sudah mempunyai anak lebih daripada satu. 


Gambar ombak tu adalah rhythm untuk suction. Gambar garis-garis ni merujuk kepada level untuk setting. Untuk bahagian ini ada 20 level. Level lebih rendah mewakili suction yang pendek manakala level yang lebih tinggi mewakili suction yang panjang.


7) S : Breastpump ini boleh lock ke?


 J : Ya puan. Youha ni boleh lock dan ada juga memory. Untuk lock, puan hanya perlu tekan butang on/off untuk beberapa saat sehingga keluar sign lock dan sama juga kaedahnya untuk on semula.Puan boleh lock untuk teruskan suction ataupun selepas habis proses suction. Ini bagi memastikan mesin selamat disimpan di dalam beg tanpa sebarang gangguan. 


Sekiranya Puan sudah selesa dengan satu mode dan level suction, puan boleh save mode tersebut dengan hanya tekan butang off sahaja apabila sudah tidak digunakan lag. Ini kerana Youha Onyx ini sudah ada memory. Jadi bila puan mahu guna, Cuma perlu tekan butang on sahaja.


8) S : Breastpump ini rechargeable ke?


 J : Ya puan. Youha Onyx ini boleh 5 kali penggunaan untuk setiap kali rechargeable. Untuk penggunaan pertama kali, puan perlu caj motor ni selama 8 jam sahaja. Untuk hari seterusnya, puan hanya perlu caj selama 2 jam sahaja dan jangan lebih. Sebaiknya bagi ibu bekerja, setiap hari perlu caj bagi memudahkan urusan seharian puan.


9) S: Boleh connect dengan powerbank ke ?


 J : Untuk Youha ni takboleh connect dengan powerbank puan tapi boleh rechargeable dan tahan sehingga 5 kali penggunaan. Itu pun sudah membantu puan.



10) S : Sekali pump berapa lama?


  J : Saya nasihatkan puan guna apa sahaja jenis breastpump jangan lebih dari 40 minit.



11) S : Berapa tahun warranty ?


 J : 2 tahun warranty puan. Untuk warranty ni puan perlu register di website Youha.(www.youha.com.my).


12) S : Series number yang mana satu perlu saya masukkan?


 J : Puan boleh ambil series nombor yg atas, bawah tu nombor barcode puan.


13) S : Kalau rosak, siapa perlu saya refer?


 J : Puan boleh pergi ke website Youha dan isi detail untuk claim. Selepas satu jam, puan perlu call customer service untuk urusan selanjutnya.


14) S : Harini hari ahad, saya boleh call centre Youha ke?


 J: Maaf puan. Urusan dengan Youha Centre hanya hari bekerja sahaja puan.

15) S : Motor Youha saya rosak sebab jatuh. Boleh claim tak?


 J : Maaf puan. Untuk rosak sebab jatuh ataupun susu backflow, puan takboleh claim tapi boleh repair di centre Youha.


16) S : Set Youha ni termasuk dengan PPSU bottle. Apa tu PPSU?


 J : Plastik PPSU tidak menyerap bau atau warna. Botol ni juga ada BPA. Botol ni juga boleh tahan panas sehingga 180°C. Botol ini boleh digunakan 1-2 tahun sahaja.

Customer comments

Author/Date Rating Comment